Thursday 19 October 2017

AKSARA II



Semalam macam satu tamparan untuk aku

Lama aku hilang rasa
Lama aku diam tak terkata
Lama aku tidur dengan lena

Tapi iman minta dikejutkan
Jiwa minta diisi

Baiknya Allah masih bagi aku peluang untuk sedar

Untuk apa aku dihantar pergi dan dipanggil balik.

Awak jadi begini dengan dua sebab --
Sama ada awak pergi tanpa bawa hati
Atau
Hati awak tiada Allah 

Sebab --

^^Kalau Allah ada dalam hati awak
Awak tak akan ada masa untuk layan perasaan sendiri
Awak tiada masa pun nak fikir masalah yang remeh
Awak akan fokus dengan apa yang awak nak
Awak akan fokus dengan tujuan hidup awak
Awak tahu ada benda yang lebih besar

++Bila awak lupa Allah
Awak akan kejar dunia
Dunia ini akan merisaukan awak
Awak akan risau dengan apa yang orang kata
Awak akan risau tentang kedudukan awak
Awak akan rasa dunia ini menyesakkan dada

Sebab apa ?
Sebab awak kejar dunia

Maksudnya
Hati awak penuh dengan dunia

Dik,

Awak akan dihantar ke sana bukan sebab itu
Ada benda yang lebih besar dari itu
Kalimah syahadah yang kita ucap itu
Tak cukup hanya pada lidah
Kena yakin dengan hati
Buktikan dengan amal

Awak dihantar mungkin seorang
Tapi yakinlah ada banyak doa, harapan dan kerisauan mengiringi

Orang risau pasal awak tapi yakinlah Allah sebaik-baik penjaga
Allah sayang awak

Pergilah dan bawa balik sesuatu
Selamat pulang ke medan !


Tiba-tiba aku tersentak ###


Friday 8 September 2017

AKSARA






Aku bukan merajuk tapi aku sakit hati. Salah ke kalau aku nak jauhkan diri dan berdiam diri. Aku tak kacau hidup diorang. Bukan ke berdiam itu lebih baik. Fullstop. Aku ingin bersuara kembali tapi .. hanya tuhan yang tahu. Yes. Aku tahu aku ego. Ego aku memang tinggi mengalahkan orang lelaki. Itulah satu-satunya sifat yang aku ada dalam diri dan aku tak ingin buang ia jauh-jauh. Biar ia menguasai diriku. Aku puas dan aku bahagia. Inilah diriku yang sebenar. Ego . 


Bersambung ...

Sunday 20 August 2017

AKSARA II

Semalam macam satu tamparan untuk aku Lama aku hilang rasa Lama aku diam tak terkata Lama aku tidur dengan lena Tapi iman minta dike...